Friday, February 11, 2011

Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM Perak

TERIMA KASIH!
ucapan yg layak diberikan buat penyokong pasukan AD (Qasira) kerana
dengan sokongan merekalah kami berjaya mengalahkan team DISC FC pada malam td.
kami telah menang dengan jaringan 3-0 menentang team Fakulti SAINS KOMPUTER.
perlawanan bagi 2nd leg mungkin akan berlangsung pada selasa depan.


petang td, kami juga telah berjaya mengalahkan team Estate Management
dengan 5 gol berbalas 0..
tahniah kepada team yg memberi komitmen sepenuh2nya.. :)
sekian.

Wednesday, February 9, 2011

Perhatian kapada warga UiTM Perak

10 Februari 2011
Jam 2030
Padang A UiTM Perak
semua warga UiTM Perak dijemput untuk hadir untuk menyaksikan 
pertembungan antara Qasira FC dan CS FC..
perlawanan ini merupakan pertemuan untuk 1st leg play-off bagi Uni-League.




daripada perlawanan persahabatan sebelum ini, Qasira FC ( Art and Design )
telah bertemu dengan team
OM FC (Office Management) - menang 2-0
FA FC  (Fakulti Akaun)          - kalah 1-0


semua dijemput hadir bagi memeriahkan perlawanan esok hari.
MAKANAN dan MINUMAN tidak DISEDIAKAN!
TQ :)

Sunday, February 6, 2011

pertama dan terakhir

pertama kali aku mengupdate blog dalam cuti mid-sem ni..
maybe sebab lebih banyak masa diluangkan di luar rumah-merayau.. hehe..
tapi kekadang terfikir gak blog yang tak terusik sejak2 mula study aritu..
memandangkan esok aku dah nak balik Perak, rasa kena tinggal something kat
sini kot.. sebab ni la yg terakhir aku akan update blog kt umah ni, untuk
cuti kali ni.. :p


actualy, daripada 1 Februari aritu aku nak ceritakan something kt sini.
memandangkan komitmen kat luar yang nampak lebih menarik, aku pon 
mengabaikan aktiviti online aku.. sampaikan bengkel CarTown aku pon terabai..
huhu..
tapi, sebelum tiba 1 Februari satu peristiwa sedih telah berlaku kepada si Dia, 
Nur Syafika bt Sarwani. Dia telah kehilangan seorang nenek yang mesra dgn 
panggilan WAN. wan yg Dia jaga dalam cuti semester lepas telah menghembuskan
nafas terakhir lebih kurang jam 8 malam, hari Ahad, 30 Januari 2011.
first post aku untuk blog ni aku ada cakap pasal Dia jaga wan dia..
first post aku..
mari kita sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah wan Dia k.. :)
selang 2 hari tu antara hari penting untuk kami..
apakah? haha..
1st anniversary aku dan Dia.. :)
kalau tahun lepas 01022010, tahun ni 01022011 pulak.. he..
apa yg aku nak cakap, aku sayangkan Dia.. :)
Dialah semangat, sumber inspirasi, senyum, bahagia aku..
seorang yg memahami dan spoting..tak lokek berkongsi ilmu dan pandai bercerita..
dan tak lupa juga seorang yg GARANG...lomah den.. huhu..
tapi apa2 pun kita kenalah terima pasangan kita seadanya Dia kan.. :)
satu lagi, Dia kaki karoke.. :p
pehh...suara tak nak macam Siti pulak kan...tp Siti punya mak andam la.. HAHA..
eh..x, x..sedap kot.. :p .. hee..
antara ayat yg Dia salu guna selama kit0wang kenal ni
"tak perlu sangat laa..." ayat ni selalunya digunakan apabila aku perli Dia ke,
atau aku suruh Dia sebut certain2 word yg Dia susah nak sebut... hehe..
lagi satu,
" untunglaa... " yg ni pulak kalau Dia nak perli aku balik.. 


haa, nanti kalau ada yg baru aku bgtau lagi ye.. huhu..
apa2 pun aku memang sayang kt Dia..siap dah jumpa paarent Dia pulak..
tapi yg aku pelik parent Dia cakap aku R.E.N.D.A.H...  -.-' ..
apa tinggi sangat ke NUR SYAFIKA BT SARWANI tu??


HAHA..
tapi takpa..terima jela.. he..
dan sebagai kawan2, aku minta kowang terus doakan kbhagiaan kami ye.. :)
sesiapa yg doakan kebaikan orang lain, nanti malaikat doakan kebaikan untuk
dia jugak, insyaAllah... :)


esok dah nak balik Perak. target aku sem ni DEKAN..
aku nak buat mak n abah aku bangga dengan aku.. 
target lain, AD juara Uni-League UiTM Perak sem ni.. he..
nak kemas baju dulu ye..
SALAM..

Saturday, January 15, 2011

Uni-League UiTM Perak

Setiap 2 semester, UiTM Perak akan mengadakan liga bola sepak 
antara fakulti. setiap pasukan mesti melepasi peringkat play-off sebelum
ke peringkat liga.
antara team yg top kt uitm aku ialah
Building, Building Survey (BISA), Quantitative Science (QS) dan Art n Design (AD)
AD tu lah team aku. HEHE..
aku mula main team ni sejak aku sem1 lagi. tapi time tu team AD adalah
dalam kalangan team loser.
tapi sejak kebelakangan ni kitorang semakin serasi dan boleh dikatakan
agak berbahaya. :p .. 
dan baru2 ni kitorang telah ada kan pemilihan untuk team sem ni.
sambutan yg menggalakkan.
aku seperti biasa, terpilih sebagai pemain di benteng pertahanan.
biasalah, kalau perform macam Muhammad Muslim, no24 dalam pasukan Malaysia,
siapa tak nak ambik kan.. 
lagi2 yg select tu Tazul, kenalan aku daripada sem1 lagi.. HAHA..


so, sekarang kitorang dah start training, collect duit untuk jersey baru.
team lain, entah.. tak nampak lagi sebarang progress.
nak tengok AD menang pulak ke? he..


tapi awal2 hari tu dengarnya uni-league ni tak mendapat kelulusan pengarah.
maybe pengarah baru ni tak berapa arif dengan rutin2 di uitm perak ni.
pengarah perempuan pulak.
kalau ikutkan pengarah dulu, beliau sangatlah spoting. kalau ada apa2 tournament
pasal bola, kompem lulus..!
sebab beliau sekali join.. :p
beliau akan mengambil posisi bek kanan juga dan menyarung jersi bernombor 5.
sekarang beliau telah dinaikkan pangkat dan bertugas di UiTM Shah Alam..


apa2 pon nantikan sepak mula uni-league UiTM Perak tak lama lagi.
MAJULAH SUKAN UNTUK UITM!

Thursday, January 13, 2011

Jabatan Seramik di Hatiku

apa yang korang tau pasal seramik?
pasu? labu sayung? sculpture?
sebenarnya seramik tu ialah tanah liat yang dibentuk supaya menjadi
produk untuk kegunaan harian kita.
dan bidang seramik ni sangat luas.
tanah liat tu sendiri terdapat dalam berbagai-bagai jenis seperti
earthenware, bone china, porcelain dan banyak lagi.
(yg lain tak ingat.. hehe..)
actualy nak cerita yang aku sekarang ni belajar dalam bidang 
seramik ni. :)
mula2 dapat course ni ramai yang mengeluh.
tapi aku terima je. sebab course ni ramai orang tak minat.
sekarang, dah 4 semester aku dalam pogram
Diploma Seni Reka Seramik di UiTM Perak.

projek sem ni, aku akan menghasilkan storage jar.
baru tadi aku telah menyiapkan rekabentuk2 knob atau tombol pada
penutup storage jar aku.
design body, pensyarah dah tetapkan.

storage jar yg aku maksudkan tu ialah sebuah bekas untuk menyimpan
sesuatu yg berpenutup.


lebih kurang lah..

serba sedikit tentang penghasilan produk seramik ni.
1) pertama sekali melakar design atau reka bentuk produk yg akan
dihasilkan.
2) daripada reka bentuk yg telah di luluskan, model akan dibuat.
3) model yg telah siap akan digunakan untuk dibuat acuan (mould).
4) casting dilakukan menggunakan acuan tersebut. casting dilakukan dengan 
memasukkan slip clay (tanah liat dalam keadaan cair) ke dalam acuan tadi.
5) produk yg dalam keadaan bone dry akan dibakar untuk ditukarkan kepada
keadaan bisque.
6) produk dalam keadaan bisque akan diglaze iaitu larutan untuk menghasilkan
permukaan berkaca.
7) produk tersebut akan dibakar lagi sekali sebelum produk tersebut siap
sepenuhya.

reka bentuk seramik ni adalah sesuatu yg sangat menarik jika kita mendalami
sepenuhnya. nanti da siap produk seramik aku leh aku marketkan kat sini ye.
hehe..
siap promote lagi.

jap lagi kelas pukul 8. kali ni merupakan hari keempat aku update blog secara
berturut-turut. HEHE..

SALAM :)

Wednesday, January 12, 2011

KLX 150 vs LC 135

waa... sudah masuk hari ketiga berturut-turut aku update blog.
masih lagi kt kedai mamak yg sama. Rahman's Corner.


tapi kali ni lain sikit. sampai2 je kedai ni aku perasan kat satu site ni
ada 5 biji scramler .
cantik punya placing. 4 biji KLX 150..




dua daripada owner KLX ni member aku jugak. cuki dan payed.
aku pon pernah test drive motor ni. agak tinggi. 150cc.
tapi si owner kata motor ni kalau atas highway tak lah laju sangat.
tapi kalau off-road champion kot. hu..
jadi, motor ni sangatlah tak sesuai pada makcik2, uncle2, wan2, apek2
mahupun nyonya2.
motor ni tak pulak disediakan raga untuk meletakkan sayur dan ikan.. HAHA..
meter minyak pon takda. 
pada seseorang yg kurang mahir dalam mengendalikan motor spesis ni,
motor ni bukanlah pilihan yg sesuai.
carilah ex5 atau kriss.
kalau rasa nak jambu sikit amek la nouvo. kehkehkeh..


tapi pada aku yg terbaik adalah... HEHEHE..




135LC.. :)
still yg terbaik pada aku setakat ni.
jimat minyak, ada coolent, siap raga nak letak ikan dan sayur, serta reka bentuk
yg menarik.
motor sendiri...sapa tak nak menangkan kan... HEHEHE..


apa2 pun cita2 dan harapan aku tetap sama.
ingin mendapatkan sebuah...MOTOR BESAU...
:)


semoga impian kita semua tercapai.
dan yg paling penting


ESOK TAKDA KELAS! :)


bye! salam :) .. 

Tuesday, January 11, 2011

Redha dengan ketentuan Ilahi

wahh.. tajuk post aku kali ni macam lebih kepada ketuhanan ye?
mmg la. kita mesti redha dengan takdir dan qada serta qadar.
tu kan salah satu dalam Rukun Iman :)
sebenarnya setiap ujian yg datang tu adalah salah satu cara Allah ingin
meninggikan darjat kita, insyaAllah :)
pehh..sikit hari bulan aku pi try masuk imam muda. 
pastu keluar rancangan baru
"Soal AnakPakDin" .. HAHA..


hari ni hari kedua berturut-turut aku update blog setelah berada di
perantauan. terpaksa lepak mamak nak update blog.
apa2 pon assignment kasi siap dulu. baru senang hati kan. hu.
hari ni jugak hari yg kurang bernasib baik kot pada aku.
firstly, pagi2 tadi.
kelas ATH pukul 11. aku punya la excited nak pi kelas, 10.30 dah siap.
mengenangkan kawan aku nak tumpang, aku pi umah dia.
siap jemput habaq hang. sekali dia bawu mandi.
agak hangin di situ. dah la nak menumpang, aku lak kena tunggu..
takpa2..sekali sekala sabar apa salahnya kan..
dalam pukul 11 sampai kelas. lecturer pon tak masuk lagi..
buat rilek je la. tunggu dalam setengah jam, budak ni kata lecturer takda.
cheh, frust aku..sikit la.. epi yg banyak.. HEHE..
lepas tu hari aku berjalan seperti biasa.
petang tadi lak, aku pi main bola sepak kat padang uitm.
bajet star sikit. siap pakai jersey Malaysia siap.
tengah2 main, konon nak sliding tackle la soang mamat ni..
nak cakap yg takda owang tak boleh lepas aku la. gila riak ni..
sekali entah macam mana jari tangan kiri aku pulak terpeleot.
agak SAKIT ye. tapi aku berjaya menghalang kemaraan pihak musuh.
kehkehkeh..


haa, ni gamba aku time main futsal kat Melaka hari tu.
*tetibe keluar tajuk. HAHA..


dari kiri : qadir, aku, derok, man


sampai sekarang la jari aku ni sakit lagi. nak buat kerja pon agak kekok.
lagi text Dia. selalu text tangan kiri. ni, terkial-kial guna tangan kanan.
dan untuk pengetahuan semua, Dia baru tahu aku ni kidal.
cheh... -.-' .. 
padahal 1 Februari ni genap setahun.. >.< .. he..
siap solat maghrib aku pon merajinkan diri nak pi basuh baju.
jap gi semut boleh bersarang pulak dalam plug kat mesin basuh tu..
aku pon ambil pemutar skru pastu bersihkan menatang tu.
dah tu tetibe entah current daripada mana kena kat aku.
nasib sikit je. nasib tak tegak rambut aku. :p


kadang2 terfikir gak apa yg aku dah buat hari ni kan.
tapi apa yg patut kita ingat, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya kan.
Allah itu maha adil :)


11 Januari 2011.
selamat hari lahir kepada Sabree dan Arif. semoga panjang umur dan dimurahkan
rezki.
Aaminnn :)

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali Juara AJL 25

Ana Raffali atau nama penuhnya Ana Norhidayah Mohd Raffali telah memenangi 
Anugerah Juara Lagu ke-25.
so? tahniah la kat dia.. kenal tak sapa?
pi google images, search nama dia. InsyaAllah, nanti keluar ye..


HAHA.
aku tak pernah terlintas pon nak sebut nama dia dalam blog aku ni.
tapi tadi dia menang. kira penghargaan la untuk beliau ye..
ni 1st time aku update blog bila sampai kt Seri Iskandar ni.
hidup yg kelam kabut bila ni sem pertama aku jadi NR UiTM Perak.
NR = non resident
lagi serabut. nak kena apply sticker motor lah, kena gerak pi kelas awal lah.
tapi aku rasa ada kemajuan sikit dalam sem ni.
bangun awal. he..
mungkin sebab awal-awal lagi.. :p


tapi malam semalam hari 1st kitorang makan kat rumah.
ikan bakar plak! 
dak rumah aku, nazi, pergi mancing kat mana ntah.
belambak ikan dia bawak balik.
rezki. pastu pi tapau nasik kat kedai.
RM1 sepolistrin. bapak la kedekut punya tuan kedai.
bagi makan kucing pon kucing tak mau. sikit sangat. huhu..


aku rasa ramai juga blogger lain yg tergendala dengan blog2 diorang
bila dah masuk belajar ni.
nak online pon takda masa.
lagi2 assignment dah mula masuk. lecturer aku semua baik hati.
tak pernah lupa nak bagi kerja.
jutaan terima kasih :)
aku pon tak tau camana nak disiplinkan diri update blog hari2 ke..entah...
ikut kelapangan masa la kot..


apa2 pun target aku 3 pointer sem ni.
Mak aku kata 3 pointer and above. insyaAllah.
ni pon satu kerja dah siap. kalau tak memang tak lah aku nak melepak kat
mamak ni.
tapi kedai ni tak berapa feveret. servis tak best.
orang kata tak mesra pelanggan la.. HAHA..
ni Rahman Corner. lagi satu Rahmath.
tapi Rahmath seberang jalan. Rahman je la.
ni aku order roti kosong banjir pon tak sampai2 lagi.
eloklah. save duit aku.. hehe..


hope pasni aku boleh spend masa kat blogging tanpa mengganggu jadual
kelas or kerja aku dan boleh terus berhubung dengan rakan2 seblogger yang
lain :)


SALAM :)

Saturday, January 1, 2011

Another 1st Day in a Month

seperti yang kita semua tahu, dunia telah memasuki tahun 2011 mengikut kalendar
masihi. tepat jam 0000 sebentar tadi kita telah memulakan bulan yang pertama iaitu
Januari.
dan pada aku setiap 1 haribulan pada setiap bulan adalah merupakan hari yang semakin
bermakna. chewahh..berfeeling pula. 
ya, hari ini masuk bulan ke sebelas aku bersama si Dia.


si Dia yang aku maksudkan di sini adalah buah hati aku. Nur Syafika bt Sarwani.
:)

perkenalan kitorang bermula daripada seorang kawan. Arif Md Rauf nama dia.
Dia berkawan dengan Arif time sekolah menengah, aku kenal si Arif ni time dekat
UiTM Seri Iskandar.
so, arif pon meng'adjust'kan aku dan Dia. dalam 3 bulan kitorang kenal,
my heart is falling down. hehe.
1 Februari 2010, kitorang declare :)
dalam perkenalan tu aku senang ngan dia. tak banyak songeh, pandai jaga diri,
spoting dan garang.. :P ..
sampai time Dia nak jadi garang, baik dok diam. >.< .. haha..


tapi Dia best. happy go lucky orangnya. 



see, senyum je.. Alololololololo... hehe..
last kitorang jumpa 2 hari lepas. 30 Disember 2010. ( aiyo.kantoi balik umah lambat :p )
seperti di janjikan aku kena belanja Dia pizza sebab pointer Dia lagi tinggi
dpd aku. 3.41 kalau tak silap aku. 
aku punya pointer? tak la jauh sgt. tapi cukup la buat aku sedih. kikiki..
jadi lepas minta permission dpd mak Dia, kami pon hang out.
tapi sebelum aku belanja Dia, Dia belanja aku dulu.
nasi goreng pattaya spesial habaq hang :)
ni lagi satu yang aku agak bangga dengan Dia.
Dia tak pernah berkira dengan aku. kalau keluar tu takda la nak minta aku support
semua.
apa lagi nak minta beli benda bukan2. yela, lagipun masing2 student lagi.
tapi baguslah kalau terus camni.
jimat...Dia budak bisnes pula. elokla tu..hehe.. :p



actualy, Dia just makan 1 slice je. aku, 3. (terserlah kejelojohan disitu)
bukan apa, Dia yang kata dah kenyang. mana taknya, sampai je air, Dia sedut air tu.
sampai garlic bread, Dia makan roti tu. sampai sup, pelan2 kering sup tu.
sampai Pan Pizza Chicken Supreme, turn aku la pulak kan. hehe..



hah, saja aku buat besar2. dan2 lapar tengok gambar ni. adoi.. -.- ..
jadi, terpaksa la aku menghabiskan yang lain. bukan apa.
tak baik membazir. rezki kan. kang nangis pizza tu satu hal pulak.
silap2 kedai pizza tu kena tutup sebab berhantu.. keh3..



at the end, sebelum balik sempat snap 1 gambar. "picnik" atas tu saja la letak.
promote sikit. hehe..
tak lama lagi masing2 nak sambung belajar balik.
aku dpd melaka pergi perak.
Dia yg selangor pergi negeri sembilan.
jauh tu.. takpa. even jauh kitorang mesti saling percaya dan setia. :)


saya sayang awak, Nur Syafika bt Sarwani :)
sayang mak n abah juga...
",)


SALAM TAHUN BARU