Tuesday, December 28, 2010

Belilah Barangan Buatan Malaysia :)

wahh...hidup lagi blog aku rupanya.
yela, seminggu tak online bagi dia makan. haha..


so hari ini aku nak menulis tentang kereta Malaysia.. :)


bila kita dengar Proton Saga, Wira, Perdana, Myvi, Kancil kita mesti
rasa bangga kan. mestilah, itu kan kereta buatan Malaysia.
tapi korang semua pasti ke kereta2 ni betul2 buatan Malaysia?


tengok ni. kebetulan ke? HEHE...


Perodua Myvi



Daihatsu Boon

Toyota Passo
.
.
.
Perodua Viva

Daihatsu Avi
.
.
.
Perodua Kancil

Daihatsu Mira
.
.
.
Perodua Kelisa

Daihatsu Coure
.
.
.
Proton Satria

Mitsubishi Cyborg
.
.
.
Proton Wira

Mitsubishi Mirage
.
.
.
Proton Saga (kereta pertama proton)

Mitsubishi Fiore
.
.
.
Proton Tiara

Citreon ZX
.
.
.
Proton Perdana

Mitsubishi Galant
.
.
.
(terbaru) Proton Inspira

Mitsubishi Lancer Evo10

korang agak2 macam mana? pada aku la Malaysia ada ramai designer yg bagus2
dan boleh mereka rupa bentuk yg lebih hebat.
tapi, kalau kebetulan, uishh...banyak kali diorang tak sengaja TERtiru kan? -.-
huhu..
sumber : along (abang aku)

apa2 pun kita mestilah sokong produk buatan negara kita supaya kita
boleh sama2 maju seiring dengan negara maju yg lain :) ..
tengok, Malaysia dah menang ngan Indonesia 3-0. kita bukan tak hebat kan?

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

p/s : keputusan daripada Survey aku, aku dah beli jersey Malaysia kit
        biru seperti yg telah dicadangkan. Tengkiu! :)





Friday, December 17, 2010

Pokok Asam, KEDAH

permohonan cuti abah aku dah lulus : 18 Disember 2010.
mak aku plak cikgu : so memang cuti la!
aku ? : cuti berlebih sangat. dah tak larat nak habiskan.. hehe..
adik aku a.k.a. ya : sama juga lah. UiTM..

jadi kitorang berempat akan pulang ke kampung kejap lagi. balik Sungai Petani, Perlis. :)
apsal? Kedah ea.? bagus la aku ada kawan2 yg kenal peta Malaysia. keh3..
abang aku lagi 2 orang ada hal lain.


sebagai persiapan, aku telah amanahkan bengkel CarTown aku yg baru cecah Level40 
tu pada 8 orang pekerja aku yg setia dan agak lurus bendul.
mana taknya, kalau dah siap repair kereta bukan nak minta bayaran.
diorang boleh biar customer aku blah macam tu je. sengal! haha..


sekarang ni yg tinggal kt kampung, atuk aku sahajalah ditemani anak bongsunya
bersama keluarga dia. tok wan aku dah meninggal dunia pada 30 Julai 2007. baru lagi an.


maybe aku tak melawat blog aku ni dalam beberapa hari sebab kat sana takdak
internet. rumah kampung. korang la tengok2kan ye. 


doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik :)


SALAM

Survey

Pada pendapat korang la, mana satu lagi lawa?


Home Kit

Away Kit

yela, Malaysia kan bakal ke Final Piala Suzuki AFF nanti. sixth sense aku cakap camtu.
ingat nak beli satu la pakai time sokong nanti. even kat kedai mamak. hehe..

TANAH
TUMPAHNYA 
DARAHKU
:)



update : 
survey setakat ini
17 orang memilih biru 
3 orang memilih kuning

masih mengutip pendapat daripada anda. terima kasih atas kerjasama.  :)


Thursday, December 16, 2010

sembuh

bangun2 pg tadi apa2 pun aku cuba gerakkan kaki kiri aku.
aku rasa dah tak sakit. maknanya boleh main bola balik. hehe..

actualy ada satu malam tu, tak silap aku malam 3 hari lepas
aku pergi main futsal kt sport planet Tampin.
tengah2 main, dah nak habis dah pun, kaki aku terseliuh.

sama macam dalam gambar ni. ankle sprain katanya.



pehh..pedih beb.
entah lah. maybe sebab aku kutuk kawan aku eksiden motor.

" tu la kau..bawak moto macam unta..."

hah, ambik. aku yg jalan macam unta. haha..
then, semalam Kudud ajak aku keluar minum.
dia suruh ajak member aku yg eksiden tadi minum sekali sebab kudud
tak tau cerita. aku cerita kat kudud pastu kudud pula cakap dia baru lepas
jatuh motor. ai, badi mana kitorang dapat ni?

maybe kebetulan. buat sesuatu benda tu lupa baca Bismillah kot.
:)

sebelum ni pun aku pernah terseliuh macam kat atas ni.
masa form3 atau form4 kalau tak silap. form3 kot.

rasanya time tu friendly ngan under 18.
ada ke aku nak tahan bola, senior tu boleh sebat kaki aku.
terbaring kat padang tu kejap. pastu keluar.

yg bestnye, warden suruh telefon mak aku bawa balik rumah. yes!
duduk asrama time tu. seingat aku kawan yg call mak aku tu Arif Samin nama dia.
maybe mak aku terkejut time dapat panggilan telefon tu.
padahal, terseliuh je.. hu.. seliuh pun sakit gak la.. 
balik, terus p urut.. adehh..

hari ni dah 3 4 atau 5 hari juga la tak keluar rumah.
mana nak dapat bujang camni punya baik kan. haha..
kalau tak, ke Melaka la jawab nya.
padahal kaki tengah sakit. musim hujan pulak. kehkehkeh.

tu la, nasihat aku pada ahli2 sukan kt luar sana,
sebelum bersukan tu strecthing dulu. jangan la kelam kabut sangat macam
aku ni. dah kena macam ni. hapah tak dapat.

Syafika..lama aku tak mention nama Dia ni.
konon nak ngadu. PADAN MUKA, Dia cakap. adoi.. HAHA..
suka la Dia tengok aku duduk rumah je.
yg Dia, jadi pengapit la, pegi pasar malam la, pegi tampal gigi.. :p
takpa, takpa..

ni kaki da elok, tunggu masa je nak merayau.. ki3..




Wednesday, December 15, 2010

Syabas untuk pasukan Malaysia

Syukur ke hadrat ilahi dan Syabas kepada pasukan negara
kerana telah berjaya menewaskan pasukan Vietnam, 
2 - 0.


ini adalah kemenangan pada 1st-leg dalam separuh akhir piala AFF Suzuki.
bermakna kita akan berjumpa Vietnam lagi di 2nd-leg di tempat mereka pula.


dengan kelebihan 2 gol yang dijaringkan oleh Safee Sali telah membuka peluang
untuk kita ke peringkat akhir.


tak sia2 aku puji dan bagi sokongan pada Safee Sali dan team Malaysia dalam post
aku sebelum ni. kui3..



diharapkan selepas ini kita akan terus menjadi penyokong yang terus memberi 
sokongan membina kepada pasukan negara. dan juga Mancester United. :) . hehe..

Semoga bolasepak negara lebih maju dari semasa ke semasa.
Malaysia!

contest gambar kenangan sekolah dulu2


hah, pandai baca kan? dekat tajuk dah tulis, dekat gambar pon ada tulis. meh aku
tulis lagi sekali. aku sanggup berhabis dakwat laptop aku asalkan korang semua faham.


" Contest Gambar  Kenangan Sekolah Dulu-dulu "

contest ini dianjurkan oleh Cik Ida . kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk
menyertai atau melibatkan diri ataupun memasukkan diri dalam peraduan ini klik
link di atas. kalau tak nak, kat sini pon boleh. aku kasi chance. SINI!
aduh, rosak bahasa..  -_-' ..

ai, takkan gambar penganjur je korang nak tengok an. meh tengok gambar aku yg
bakal memenangi tempat PERTAMA..  -_-  ..

*sebelum itu, syarat2 penyertaan juga sudah dimuatkan dalam link di atas tadi.
terima kasih :)


ooppp, ooppp...sebelum korang nak komen kata aku letak dua gambar,
tak aci ke, where is the justice ke, aku ada explaination sikit..

nak ikutkan, kalau tak gambar ini akan jadi 1. tgok gambar ke 2. meja da nak langgar 
sinki dah tu. tu menunjukkan dah tak muat nk sambung meja. tu yg diorg bukak port
baru dan bukti gambar ni di tempat yg sama, PUBLIC PHONE tu. hehe.
harap pihak penganjur yg baik hati dapat membuat pertimbangan sebaiknya.
:)

serba sedikit cerita tentang gambar ini k :
nama penuh sekolah aku ialah 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad.
gambar ini diambil sewaktu kami 'fly' beramai-ramai ke sebuah gerai makan
yg terletak sebelah sekolah kami.
sewaktu ini kami dalam tingkatan 5 pada tahun 2008.
aktiviti ini berlaku selepas selesai solat Isya' dan bacaan Yaasin sebagai
persediaan untuk menghadapi
Sijil Pelajaran Malaysia.

sekian.

UiTM Perak di Hatiku

Lokasi    : Blok Teratai
Aras       : 3 ( tingkat 2 )
No Bilik  : T2214
Masa      : Masa untuk tidur

tiba2 teringat time kt kolej. tak ada apa yg istimewa pon selain tapau nasi ayam
makan kt bilik. tp tadi belek2 phone terperasan 1 video yg dirakam secara sengaja.
bukan video apa pun. video orang main gitar, nyanyi. 

time ni tak silap2 aku last2 sem, sem lepas. stay konon nak buat kerja. ni ikutkan
time 'rehat'. dah penat2 'rehat', tidur. haha.. kerja? sambung esok. aishh..

last2 kuar result, ambik kau. nasib semua lulus dengan agak cemerlang. tapi berazam
sem depan Dean List. :) ..tak mustahil...

tengah2 lepak bual2, aliff (nama sebenar) main lagu Pergi. aku tak berapa ingat,
sorang lg nyanyi. lagi 2 orang dekat situ ialah Amir dan Nazirul (juga nama sebenar) .
aku, rakam dengan menggunakan Sony Ericsson C902.




perhhh..ingat suara kau sedap eh? haha.
jadi la daripada tak ada.

sem yg ni nak ikutkan tak dapat kolej. tapi lepas buat rayuan siap melutut, dapat juga.
sem depan? haha. harapan la . dak sem 1 bederet-deret lagi nak masuk. 
sebagai 'abang', kitorang beralah je la.

tak apalah. yg pasti aku akan lebih semangat utk memulakan sem depan yg akan
bermula Januari 2011.
aku ingat lagi seorang lecturer aku yg bernama Cik Linda pesan hari tu :

" siapa lewat 1st class saya sem depan, satu sem tu saya pangkah dia.. "

ganas2 juga lecturer aku ni. tapi betul lah. kita yg menuntut ilmu daripada mereka kn.
itu la salah satu adab belajar yg harus kita praktikkan. dengan sesiapa pon even
pembelajaran yg tidak formal.

sampai kat sini sessi pembelajaran aku pada tahun 2010. jumpa tahun depan. :)

*gambar bersama peminat2 tersayang..keh3..
gambar ni masa Program Art Talk bersama Sifu M Nasir. Sifu dan Tongga kitorang 
belum terfikir nak jemput. hehe..

Tuesday, December 14, 2010

English Premier League

Manchester United (1) - Arsenal (0)


nampaknya harapan Man Utd nak dapat gelaran juara musim akan jadi kenyataan.
yela, dah lead liga kan.


nak kata apa lagi. team top2 yg lain pon kelam kabut je. HAHA.
tengok ea. Game baru2 ni


Chealsea - seri


Liverpool - kalah


korang pernah tengok tak iklan kat tv yg 'sebelum' dan 'selepas' tu?
haa, kat sini pon ada gak.


sebelum

dan

selepas

haa..korang nampak kan perubahan kat atas tu? Man Utd no1 liga even berbaki 1 
perlawanan menentang Blackpool
*aku saja la amek sampai Liverpool tu. nampak kn betapa jauh ke bawah.
wahahaha..!

ada ke yg tak paham atas tu? Pld tu singkatan kepada played atau dalam bahasa kita
perlawanan yg sudah dimainkan. Pts tu plak bukan yg lompat dpd 
darjah 3 ke darjah 5. pts kt situ ialah points, atau mata.

tapi, apa yg buat aku teruja nak buat post ni adalah disebabkan oleh peminat
Arsenal itu sendiri. game pukul 4 pagi. daripada siang dan hari2 sebelum tu diorang
dah kecoh2. Arsenal menang la apa la. hah, last..telokop... kehkehkeh..

cuba tengok yg ni pulak.


haha. aku melayankan je si pena tu.. :p

yg ni lagi tak boleh blah.

last-last...

HAHAHAHAHA..
aku suka, aku suka.. kiki.

sekarang tengok yg ni pula.

sebelum

selepas

Terus naik no 1.
harap2 lepas ni fan2 team lain boleh pike2 dulu la sebelum kutuk Man Utd. :)
ngeh3..

tp apa2 pun esok, 15 Disember kita sama2 beri sokongan kepada team Malaysia
yg akan menentang Vietnam.

" HIDUP MALAYSIA! "


dua.enam.kosong.260.
hehehe.. :)

Kekeliruan, Kekusutan, Ketidaktahuan

Salam 1 Malaysia..! hehe..
dah undi aku lom? no 260 :)


tak, bukan nak cerita pasal tu. sekarang ni aku kebingungan dengan sedikit
masalah dihadapi. bukan masalah peribadi, peribaldi atau peribendi.
ni masalah tentang software YOUTUBE DOWNLOADER.


tengah2 layan lagu Rahim Maarof yg bertajuk Cinta Kristal nyanyian Awie aku ingat
nak download la lagu tu. tup2, keluau bende ni kate orang melaka.


ni ha..




                          Download error. HTTP response : 404 ( Not Found )


hah, apakah ini? 
tahukah anda?
pernahkan anda mengalami seperti ini?


haa, kalau korang yg hebat pasal software2 ni meh la cerita apa yg telah
berlaku. apa dosa aku pada dia an. 
dan harap korang boleh membantu aku menyelesaikan masalah ini.


aku ada juga cara penyelesaiannya. => UNINSTALL . senyap terus. kikiki.

Monday, December 13, 2010

UNDI TIME!

"hah, mari adik kakok..! undiang doh di buke.."


"kalo kome tak de buat ape2, meh le undi teman..."


"tu diaa..hangpa dok tggu apa lagi. mai ramai2 undi saya.."


"kau jang jgn buang maso. baik kau undi den haa.."


Bahang BPM semakin dirasai di seluruh Malaysia kerana undian bagi blog baru
pilihan telah dibuka.


Pada anda dan anda serta anda marilah mengundi saya dengan menklik


                                                   SINI

dan jgn lupa untuk klik no 260 jika no ini tidak terdapat pada kumpulan anda..!
lagi sekali diulang 260.  ha, agak2 boleh ingat tak. aku ingatkan lagi eh, 260! ..
apa? tak dengar? 260 ..!! apa dia kawan2? 260, 260, 260..!


sekian, terima kasih. :)
dua.enam.kosong. 260!

Separuh Akhir Piala Suzuki AFF

seperti yang kita tahu pasukan kebangsaan kita, Malaysia
telah berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam tournament ini.


perlawanan seterusnya ini akan bertemu dengan Vietnam di Stadium Putra Bukit Jalil.


di sini aku menyertakan beberapa info tentang perlawanan dan tiket yg boleh 
didapatkan dengan segera. hidup Tampin..! eh, hidup MALAYSIA...!! :) .. he..



15 Disember 2010 : Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

18 Disember 2010 : Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam


Harga tiket bagi perlawanan di Stadium Putra Bukit Jalil
Biasa                                    : RM 20
Berbumbung                          : RM 40
Kanak-kanak bawah 12 tahun  : RM5

Tempat dan Masa penjualan tiket berlangsung

13 Disember 2010 : Wisma FAM Kelana Jaya
9.30 pagi - 5.00 petang

14 Disember 2010 : Yellow Ticketbooth Stadium Bukit Jalil
10.00 pagi - 7.00 petang

15 Disember 2010 : Stadium Putra Bukit Jalil
bermula 10.00 pagi


Harga tiket di Vietnam? korang cuba tanya orang Vietnam. HAHA.
Jom kita ramai2 memberikan sokongan kepada pasukan negara kita supaya
mereka bermain dengan lebih bersemengat dan mempamirkan mutu permainan
yang berkualiti.



Amir, sepupu aku tadi mesej.
 " Aq fan MALAYSIA dowl. Tgk nk MALAYSIA vs VIETNAM.stdm ptra Bukit Jalil. 15.12.. "
hah, macam best je. tapi apa2 pon aku kena la minta pelepasan daripada 'pihak atasan'
dulu. hehe.

apa2 pun kita semua mesti memberi sokongan kepada pasukan negara supaya 
bolasepak negara lebih maju dan setara dengan EPL, LA LIGA, SERIE A, BUNDESLIGA dan lain2. :)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



p/s : mak, macam mana? boleh tak alang pergi? ke, tengok kt tv je? hehehe.. :)