Wednesday, December 8, 2010

Kepuasan Sebenar

Malaysia 5 - Laos 1...
sekarang kita baru perasan yg pasukan kebangsaan kita tak
seteruk yg disangka bukan?


haha..


mugkin bagi mereka yg minat dengan bolasepak kemenangan
ini adalah satu kepuasan.
Malaysia layak ke pusingan separuh akhir mungkin sesuatu
yg boleh dibanggakan. dan kita juga patut berterima kasih
kepada Bambang Pamungkas kerana menjaringkan 2gol bagi
kemenangan Indonesia.
kerana pasukan kita memang mengharapkan semua itu.


walaupun begitu, ada juga yg tidak merasakan kemenangan
ini sebagai satu kemenangan. faham kan? he..


kalau anda tak berasa puas mungkin anda:


seorang ulat buku
- yg akan puas selepas membaca sebuah novel yg mengandungi
 3,821 muka surat


seorang pisau cukur
- yg hanya puas selepas mengikis harta pasangan anda dengan berbelanja
 di Pasaraya Sakan


seorang mat rempit
- yg merasa puas setelah mencilok-cilok di jalanraya dan melarikan diri
 daripada sekatan a.k.a roadblock Polis dan JPJ.


seorang pengumpat
- yg merasa tenang selepas membahan orang2 sekeliling dengan fakta
 dan maklumat yg diperolehi.


seorang pemancing tegar
- yg akan tersenyum ketika umpannya ditarik walaupun ikan itu besarnya
 hanya boleh mengenyangkan seekor anak kucing.


seorang Guru Besar
- yg akan gembira sekiranya 2 orang daripada murid sekolahnya mencapai
 target dengan mendapat 5A dalam UPSR.


dan tak lupa juga pada Blogger (sesetengahnya =p)
- yg akan tersengih apabila mendapat ramai 'pengikut' dan peti komen
 dipenuhi dengan pujian dan sebagainya.


kepuasan ini semua terletak pada minat dan diri masing2.
terpulang la seseorang itu nak ada minat asalkan minat dia tu tak
mengganggu ketenteraman orang lain.


dan kepuasan aku hari ni adalah kemenangan pasukan bolasepak
kebangsaan. 
kepuasan aku lg satu kejap lagi adalah melihat
Manchester United menang kepada Valencia CF dalam Liga Juara2..
seterusnya menjadikan Manchester United juara kumpulan dan juara liga ini. =)




hehe...

No comments:

Post a Comment