haha..
hari ini mood aku ada mcm cikgu sikit la.. =pbukan apa, kadang2 kt telebisen tak kiralah rancangan tv
sukan, hiburan, temubual, or even berita, mereka selalu
melakukan kesilapan tatabahasa yg kadang2 orang tidak
perasan.
kesilapan2 seperti ini amat tidak menyenangkan bagi
sesiapa yang tahu dan arif tentang Bahasa Melayu.
dlm erti kata yg lain, orang2 ini adalah :
- sasterawan negara
- guru Bahasa Melayu
- murid2 yg fokus semasa dlm kelas (mcm aku..he..)
sebagai pihak media, aku rasa mereka mesti menitikberatkan
tentang penggunaan tatabahasa atau sistem bahasa yg betul.
hal ini kerana, media merupakan satu keperluan dlm sesebuah keluarga.
kalau dah mcm tu kanak2 atau budak2 akan terpengaruh dgn kesilapan2
yg diorg dpt hasil dpd tontonan diorg tu. lepas tu siapa yg susah?
mak bapak gak yg susah hati tgok slip exam yg kemerah-merahan pd subjek
Bahasa Melayu. huhu..
kesilapan yg biasa dilakukan adalah :-
1) PARA
PARA adalah perkataan yg menunjukkan satu kumpulan manusia atau ramai.
penggunaan seperti para-para peserta contohnya, adalah salah.
2) PALING
PALING pula adalah sebagai penguat bagi menerangkan sesuatu sifat.
contoh : paling besar, paling berat, paling panjang
dalam Bahasa Melayu, penguat tidak boleh digunakan serentak pada satu sifat
seperti paling TERbesar. TER juga merupakan berfungsi sama seperti PALING.
3) SEMUA
perkataan semua telah menunjukkan sesuatu yang ramai dan tiada yg terkecuali.
jadi, tidak perlu digandakan pada subjek dalam sesebuah ayat tersebut.
salah = semua pengunjung-pengunjung
betul = semua pengunjung
4) DI atau DALAM?
sesetengah orang masih keliru samada penggunaan
DI KALANGAN atau DALAM KALANGAN yg betul.
penggunaan yg betul adalah DALAM KALANGAN.
5) INI
INI pula salah penggunaannya apabila diletakkan di depan sesebuah ayat.
contoh yg salah : Ini menunjukkan...
sebelum INI haruslah diletakkan satu perkataan lain selain kata sendi.
bagi aku, kesalahan2 remeh macam ni lah yg kita mesti betulkan.
tak payahlah kita nak banggakan sgt dgn bahasa orang putih tu.
fail BM tak dapat masuk UiTM kot... hehe..
tp ini semua aku rasa peranan pemimpin kita lah.
kalau bg speech segan sgt nak guna bahasa sendiri.
abeh yg denga dok phang setabok (kate owg teganu)..
yela, kalau yg dengar orang2 pedalaman.. huhu..
apa2 pun kita sama2 cuba perbetulkan setiap kesalahan kita.
tak payah nak harap org lain. (",)
Bahasa Jiwa Bangsa =)
No comments:
Post a Comment