Thursday, December 16, 2010

sembuh

bangun2 pg tadi apa2 pun aku cuba gerakkan kaki kiri aku.
aku rasa dah tak sakit. maknanya boleh main bola balik. hehe..

actualy ada satu malam tu, tak silap aku malam 3 hari lepas
aku pergi main futsal kt sport planet Tampin.
tengah2 main, dah nak habis dah pun, kaki aku terseliuh.

sama macam dalam gambar ni. ankle sprain katanya.



pehh..pedih beb.
entah lah. maybe sebab aku kutuk kawan aku eksiden motor.

" tu la kau..bawak moto macam unta..."

hah, ambik. aku yg jalan macam unta. haha..
then, semalam Kudud ajak aku keluar minum.
dia suruh ajak member aku yg eksiden tadi minum sekali sebab kudud
tak tau cerita. aku cerita kat kudud pastu kudud pula cakap dia baru lepas
jatuh motor. ai, badi mana kitorang dapat ni?

maybe kebetulan. buat sesuatu benda tu lupa baca Bismillah kot.
:)

sebelum ni pun aku pernah terseliuh macam kat atas ni.
masa form3 atau form4 kalau tak silap. form3 kot.

rasanya time tu friendly ngan under 18.
ada ke aku nak tahan bola, senior tu boleh sebat kaki aku.
terbaring kat padang tu kejap. pastu keluar.

yg bestnye, warden suruh telefon mak aku bawa balik rumah. yes!
duduk asrama time tu. seingat aku kawan yg call mak aku tu Arif Samin nama dia.
maybe mak aku terkejut time dapat panggilan telefon tu.
padahal, terseliuh je.. hu.. seliuh pun sakit gak la.. 
balik, terus p urut.. adehh..

hari ni dah 3 4 atau 5 hari juga la tak keluar rumah.
mana nak dapat bujang camni punya baik kan. haha..
kalau tak, ke Melaka la jawab nya.
padahal kaki tengah sakit. musim hujan pulak. kehkehkeh.

tu la, nasihat aku pada ahli2 sukan kt luar sana,
sebelum bersukan tu strecthing dulu. jangan la kelam kabut sangat macam
aku ni. dah kena macam ni. hapah tak dapat.

Syafika..lama aku tak mention nama Dia ni.
konon nak ngadu. PADAN MUKA, Dia cakap. adoi.. HAHA..
suka la Dia tengok aku duduk rumah je.
yg Dia, jadi pengapit la, pegi pasar malam la, pegi tampal gigi.. :p
takpa, takpa..

ni kaki da elok, tunggu masa je nak merayau.. ki3..




2 comments:

  1. xperlu sangat nak bgtaw pasal tampal gigi..
    malu lah!!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. :)
    dak tampal gigi... hehe..

    ReplyDelete