Thursday, January 13, 2011

Jabatan Seramik di Hatiku

apa yang korang tau pasal seramik?
pasu? labu sayung? sculpture?
sebenarnya seramik tu ialah tanah liat yang dibentuk supaya menjadi
produk untuk kegunaan harian kita.
dan bidang seramik ni sangat luas.
tanah liat tu sendiri terdapat dalam berbagai-bagai jenis seperti
earthenware, bone china, porcelain dan banyak lagi.
(yg lain tak ingat.. hehe..)
actualy nak cerita yang aku sekarang ni belajar dalam bidang 
seramik ni. :)
mula2 dapat course ni ramai yang mengeluh.
tapi aku terima je. sebab course ni ramai orang tak minat.
sekarang, dah 4 semester aku dalam pogram
Diploma Seni Reka Seramik di UiTM Perak.

projek sem ni, aku akan menghasilkan storage jar.
baru tadi aku telah menyiapkan rekabentuk2 knob atau tombol pada
penutup storage jar aku.
design body, pensyarah dah tetapkan.

storage jar yg aku maksudkan tu ialah sebuah bekas untuk menyimpan
sesuatu yg berpenutup.


lebih kurang lah..

serba sedikit tentang penghasilan produk seramik ni.
1) pertama sekali melakar design atau reka bentuk produk yg akan
dihasilkan.
2) daripada reka bentuk yg telah di luluskan, model akan dibuat.
3) model yg telah siap akan digunakan untuk dibuat acuan (mould).
4) casting dilakukan menggunakan acuan tersebut. casting dilakukan dengan 
memasukkan slip clay (tanah liat dalam keadaan cair) ke dalam acuan tadi.
5) produk yg dalam keadaan bone dry akan dibakar untuk ditukarkan kepada
keadaan bisque.
6) produk dalam keadaan bisque akan diglaze iaitu larutan untuk menghasilkan
permukaan berkaca.
7) produk tersebut akan dibakar lagi sekali sebelum produk tersebut siap
sepenuhya.

reka bentuk seramik ni adalah sesuatu yg sangat menarik jika kita mendalami
sepenuhnya. nanti da siap produk seramik aku leh aku marketkan kat sini ye.
hehe..
siap promote lagi.

jap lagi kelas pukul 8. kali ni merupakan hari keempat aku update blog secara
berturut-turut. HEHE..

SALAM :)

No comments:

Post a Comment